Friday, December 3, 2010

Bengang!!

Bengang!!

Saat aku sendiri~

Tanpa sesiapa~

Kenapa?

Bingung~

Kenapa aku?

Sesaat aku suka~

Sesaat aku duka~

Sesaat aku rindu~

Sesaat aku hampa~

Susah~

Bengang pada aku!!

Aku tak suka!!

Perasaan ini!!

Mahu saja aku bunuh!!

Biar berkubur dalam hati!!

Tanpa tanda!!

Tanpa sisa!!

Tolonglah!!

Bukan senang….

Harapan malam ini…

Aku lupa….

Aku alpa….

Aku hilang….

Untuk selamanya…

Sepanjang hayat…

Entah?

Aku penat

Tenat,

Aku hampa

Lara,

Aku sunyi

Sepi,

Aku kecewa

Terluka,

Aku parah

Terserah,

Aku benci

Ingin lari,

Aku tahan

Perasaan,

Aku buang,

Biar melayang

Sayang kepayang

Harap takkan datang

Just a litte

Just a little patience, over a little me

Just a little smile, over my little face

Just a little wound, inside my little heart

Just a little feeling, inside my little love

Just a little faith, inside my little soul

Just a little nervous, over my little numb

Just a little calm, over my little obstacle

Just a little fun, over my little life

Just a little voice, over my little head

Just a little….

Just a little….

Just a little….

.. ..

Wednesday, December 1, 2010

Je'taime Vous Vrainment

I hate u when u smile
Makes me whine
Because it says that, I am blind.

I hate u when I'm thinking of u
U never know how much I care for u
Not even, close
Not even…

I hate the way u talking
Makes me dying
Because your voice so tender
Makes me wonder.
Justify Full
I hate the way u treat me
Makes me weak.

I hate u when u says
I am wrong
I was wrong
It is my entire fault.

I hate u when u makes me love u
Why is that so much trouble for me?
Hard to explain mine
I hate my feeling to you.

I hate u when u know all
Makes me feel stupid all the time
I am so stupid to tell u that
I love u
That is why I hate u
That’s is the most stupid things I’ve ever do
Despite of having an internal feeling
For u.

I hate u but I love u
Please hate me as much as I do
As much as I love u
Je’taime vous vrainment

Sunday, November 28, 2010

Zia Azira (Bahagian 1)

Zia Azira

Untuk kesekian kalinya...

Aku terpaksa melepaskannya...

Biar ku tanggung segala derita...

Aku memang malang...

Terkocoh kocoh zia menyiapkan nota pengajian Amnya. Dia bukan pemalas seperti Rita. Itu bukan tabiatnya.Balik dari kuliah, terus dicampak nota nota hariannya, seperti sesuatu yang tak berguna. Itulah yang dilakukan oleh Rita, teman serumahnya. Birapun begitu, Rita seorang yang amat baik. Segala masalah, baik dari segi apapun jua terus diluahkan pada Rita. Rita tetap menjadi tempat mengadu. Perhubungan mereka bukan setakat teman serumah, malah seperti adik beradik. Tambahan pula, Rita adalah anak tunggal dalam sebuah keluarga yang serba mewah. Papanya dato' Khalid seorang pengarah syarikat Khalid Nuhamad Jiwa Holdings. Seorang yang tegas dan sentiasa sibuk dengan hal perniagaannya. Mamanya seorang sosialis, juga sebagai peneraju utama Gerakan Wanita. Terlalu banyak jasa yang telah ditabur oleh wanita secekal Datin Haliza. Namun segunung harta sekalipun dikumpul, tidak akan tertanding dengan secebis kasih sayang. Kasih sayang yang didambakan oleh Rita dari papa dan mamanya . Zia menghela nafas. Lega rasanya kerana nota sudah disiapkan. Zia menggeliat malas. 'wah, penat ni...' dikilas jam seketika. 'aik? cepatnya jam aku ni, dah rosak ke?' Diketuk ketuk jam Rolex di tangannya dengan jari. Jam itu amat disayangi Zia. Itulah kali pertama dia mendapat hadiah hari lahir dari seseorang. Rita itulah orangnya. Dia masih ingat saat Rita menyerahkan hadiah itu. 'Zia, terimalah pemberian ikhlas aku ni,' sambil dihulurkannya kepada Zia. Zia seakan tidak percaya. 'Happy Birthday Zia!!' ucapnya separuh menjerit. Tersedar dari lamunan, Zia tersenyum. Matanya berkaca kaca menahan rasa terharu. 'kau... ka.... kenapa..... tapi.....' ucap Zia tersekat sekat. 'Zia.. no need to say thanks. Memang aku yang banyak terhutang budi dengan kau. Kau banyak tolong aku. So, inilah masanya aku nak balas apa yang kau dah buat pada aku. Besides, kau tahu apa maksud jam Rolex ni?' aju Rita tersenyum. 'Hu? erm.... ' Zia menggeleng. 'La... harap jea top scorer, tapi lembap!' Rita senyum lagi. 'Aku hadiahkan jam ni sebab aku perli kau, tahu?! Kau kan setia dengan pakwe kau.. siap pasang 5 pakwe. Gelojoh jugak kau ni?.' gerutu Rita nakal. 'ha? What?' mata Zia membulat, tapi berair. 'hahahahaha... aku gurau jea lah.. kau ni, tak dapat tangkap langsung maksud aku.. oleh sebab kau rajin study, aku tak teragak agak untuk menghadiahkan Rolex ni pada kau.. senang kau nak set masa study kau... senang nanti kalau kau nak berdating dengan pakwe pakwe kau.' usik rita lagi. 'Kau... thanks Rita.... aku hargai pemberian kau ni, tapi mahal harganya...' luah Zia berbelah bagi. 'Eh kau ni, siapa suruh kau cakap thanks ha? kan aku da larang tadi? kalau kau kau nak tahu, harga jam ini tak mampu nak dibandingkan dengan nilai persahabatan kita. Lagipun kalau jam ni hilang, boleh diganti dengan yang baru.. tapi kalau kau hilang, bagitahu aku... kedai mana yang menjual orang yang seperti kau?' ucap Rita berjenaka tetapi penuh ketegasan. I am so touched Rita’’!! sebak bercampur perasaan terharu, Segera dipeluk tubuh Rita. Erat seakan tidak mahu berjauhan. Zia menangis semahunya...

Lamunan terus terhenti. Zia mengesat sisa airmata. Tak terasa langsung waktu beredar. Mungkin tumpuannya 100%, hingga tidak menyedari masa pantas meninggalkannya. Sudah jam 06:40, pantas disusun nota-notanya yang memenuhi ruang meja. Setelah itu, Zia mencapai tuala untuk mandi. Selesai mandi, Zia bersiap mahu solat Maghrib. Dengan khusuk’ dan tawadduk, Zia menunaikan tuntutan ilahi. Setelah itu, dia keluar dari biliknya, melepasi bilik Rita. Senyap sunyi. Diketuknya pintu bilik Rita perlahan... tiada sahutan. Diketuknya sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Tapi tetap hasil yang sama. Dipulas tombol pintu, lalu dikuak pelahan. Kelihatan Rita sedap dibuai lena. Zia menggelengkan kepala lalu menghampiri Rita. Dibelai rambut Rita manja. “Thanks Rita”, ujarnya lembut. Disentuhnya Bahu Rita, lantas digoncang perlahan. “Rita, bangunlah”... Tiada respon. “Rita, bangunlahhh, dah maghrib ni!!”.. Kali ini goncangan lebih kuat. Rita tersedar, lantas menggeliat malas. “Huh? Kau ni Zia.. Ee. . Kenapa kau kacau aku tidur ni? Masalah apa lagi kau ni Zia?” Gerutu Rita lagi. “Apa pulak masalah aku?, kau tu yang bermasalah. Dah maghrib ni, kau nak tidur sampai bila ha? Nanti tiada siapa nakkan kau, tahu!” Bebel Zia panjang, sambil tersenyum. “hahahaha.... Kau tahu? Nanti putera handsome datang pinang aku. Aku kan sleeping beauty”. Rita ikut tergelak. Yalah tu, putera tu handsome, tapi buta kayu! Hahahaha….” Zia tergelak besar. “Eleh.. Are you jealous, cik Zia Azira?” “Jealous? Hey, please. Takde masa nak jealous dengan kau cik Zurita… Yelah tuan puteri sleeping beauty, patik dah kelaparan ni. Boleh tak kiranya tuan puteri pergi bersiram dan bersiap? Patik tunggu kat bawah yea.” Usik Zia nakal. “ha’ah lah Zia… aku terasa laparlah. Patutlah semacam je perut aku ni.” Rita ikut mengiyakan. “Ha! Tau takpe, dah... dah... jangan banyak membebel. Kalau dengar kau membebel, makin lapar perut aku tahu!” gerutu Zia lantas ketawa. “hahahaha… pandailah kau. Ok, kau bagi aku 20 minit, gerenti siap”. Ujar Rita berjanji. “Ok, aku tunggu tau. 20 minit jea. Kalau lebih dari itu, kau kena belanja aku makan malam ni”. Zia terus berlalu riang. Dia pasti, Rita akan bersiap lambat. Memang kebiasaannya Rita akan mengambil masa untuk bersiap. Sambil menyanyi kecil , Zia melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu. Menekan punat remote control untuk menonton TV. Tiada rancangan yang menarik waktu ini. Jarinya terus bermain di sekitar siaran TV.

Beep!.. Mesej masuk. “Hai, tengah buat apa? Jom dinner”?

Sender, +60172132020.

“Ha? sape pulak ni? Entah kenal pun tidak, alih-alih ajak dinner. Hemm…”. Seminit selepas itu, beep!...

“Awak tidur lagi ke?

Sender, +60172132020.

“Aik?, dia lagi?. Siapalah dia ni?. Mana dia dapat number aku ni. Salah orang kot?”. Baru sahaja Zia mahu membalas... “Zia!! Sini kejap!!... Oo Zia!!”. Zia memanggungkan kepala. Dahinya berkerut seribu. Ada apa tuan puteri??!”, laungnya. “Sinilah, tolong aku, help me! Oh my god!!!... Zia segera mendapatkan Rita. “apsal Rita?” tanyanya sedikit cemas. “I am stuck! My hair stuck!” dilihatnya Rita berpeluh-peluh. Rambutnya kusut. “la, rambut kau. Itulah, rambut kau ni, elok-elok lurus, kau buat perm. Kau tak sesuailah buat perm. Nanti rambut cepat rosak”, bebel Zia panjang. “ok.. ok.. aku janjitak buat perm lagi. Ala, lagipun baru sekali aku buat ni. Tolonglah aku…” rayu Rita.

“Hem... Belanja aku makan, ok? Kalau tidak, aku biarkan rambut kau macam ni… haha,” ugut Zia sambil berjenaka. “ok, ok… tapi jangan gunting rambut aku tau, kau adjustlah sikat yang terlekat ni”. Zia menggaru-garu kepala. “Macam mana aku nak buat ni? Terpaksalah aku gunting rambut kau ni, haha..” Rita terbeliak besar. “Zia!!”

8:50 malam, Café de Santai. Suasana begitu tenang. Walau ramai pelanggan, namun keadaan yang selesa dan ekskusif itu menjadikannya sebegitu. Dengan iringan muzik instrumental berunsurkan love soul, pasti menjanjikan satu kepuasan pada pengunjung. Di suatu sudut café… “wei, nasib baik kau ada Zia, kalau tidak, nak tak nak terpaksalah aku korbankan rambut baru aku ni”. “Sorry lah Rita, pasal sikat kau tu, nanti aku gantikan yang baru”. Laa..., tak payahlah Zia, tapi kalau kau beria-ia nak gantikan jugak, aku nak selori sikat, boleh?, hahaha... “ Zia ikut tergelak.